Cursors

Monday, May 24, 2010

Buat wanita di luar sana..please alert..apa itu PAP SMEAR??

Tuesday, April 20, 2010 at 7:15am

Pap smear adalah sejenis ujian untuk mengesan ada atau tidak ketumbuhan kanser pangkal rahim.Tetapi ujian ini tidak mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit kanser tersebut.Ia hanyalah sebagai ujian screening atau penapis.Ujian ini berdasarkan di atas pemeriksaan sel-sel yang diambil contohya dari pangkal rahim.Jika Pap Smear itu negatif,ini adalah berita baik.Tetapi jika keputusan abnormal atau luar biasa,beberapa ujian lain seperti biopsy of cervix perlu dilakukan untuk mengesahkan ada atau tidaknya kanser pangkal rahim.Biopsy adalah pengambilan secebis tisu yang disyaki kanser dari pangkal rahim dan kemudian dikaji sel-selnya dengan inikroskop oleh pakar kaji tisu (histo-pathologist).

Kekerapan Ujian

Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif,ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?

Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks.Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.

Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai.Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?

Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning) pada smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat.Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.

* buat la rawatan secepat mungkin sebelum tejadi pada diri kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails