Cursors

Thursday, June 24, 2010

PELAN PEMASARAN

PAKEJ PRODUK


PAKEJ AHLI/RUJUKAN: PURATA UNTUNG 20% ( RUJUKAN ) 

PURATA UNTUNG / PACK : RM 2.00



PAKEJ AGEN (2+1) : PURATA UNTUNG 60% dan Bonus Networking 5%
Belian dalam 1 resit
2 set pakej pilihan x harga Rm 160.00
1 set pakej pilihan x RM55

PURATA UNTUNG / PACK : RM 3.00
  


PAKEJ PENGEDAR (VIP) : PURATA UNTUNG 70% dan Bonus Networking 10%
Belian dalam 1 resit
10 set pakej pilihan x harga Rm 160.00
5 set pakej pilihan x RM55
1 set pakej pilihan PERCUMA

PURATA UNTUNG / PACK : RM 5.00
 

 
PAKEJ PEMBEKAL (QM) : PURATA UNTUNG 127% dan Bonus Networking 20%
Belian dalam 1 resit
30 set pakej pilihan x harga RM160
30 set pakej pilihan x RM55
6 set pakej pilihan PERCUMA


PURATA UNTUNG / PACK : RM 6.00
 



MARKETING PLAN AVAIL

1) Bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan Avail, dengan pembelian minimum RM160 ke atas dengan jumlah 100BV dia akan jadi ahli secara percuma dengan automatik.

2) Di dalam perniagaan Avail kita boleh manjalankan perniagaan dengan mendapatkan keuntungan dengan cara untung runcit atau untung komisen atau kedua-duanya sekali.

 

Mencegah Kanser Serviks


Jauhi rokok
    Nikotin yang terdapat di dalam rokok mempermudahkan selaput lendir sel-sel bereaksi atau terangsang, baik pada paru-paru mahupun serviks. Tetapi, masih tidak diketahui jumlah nikotin yang boleh menyebabkan kanser rahim.
'Douching' vagina
    Kebiasaan membersihkan vagina boleh menyebabkan kanser serviks sama ada dengan menggunakan antiseptik mahupun deodoran. "Douching" atau mencuci vagina boleh menyebabkan jangkitan pada serviks. Jangkitan berlebihan akan merangsang terjadinya perubahan sel, yang akhirnya menjadi kanser. Oleh itu, elakkan membeli sembarangan ubat pembersih vagina terutamanya yang boleh mengekalkan pH vagina anda.
Menyapu bedak
    Jangan sekali-kali menyapu bedak pada vagina yang gatal atau merah-merah. Pemakaian bedak pada vagina (sewaktu subur) boleh menyebabkan terjadinya kanser ovari. Ketika ovulasi terjadi luka pada vagina dan apabila disapu bedak, ia akan melekat di atas luka tersebut. Kelebihan sel ini akan berubah menjadi sel kanser.
Berganti-ganti pasangan
    Kanser serviks juga boleh terjadi pada wanita yang gemar bertukar pasangan seks. Virus seperti "Human Papilloma Virus (HPV)" akan mengubah sel-sel di permukaan 'mukosa' dan terus merebak menjadi kanser.
Lambat kahwin
    Mana-mana wanita yang lambat atau tidak berkahwin turut berisiko untuk mendapat kanser ovari dan 'endometrium'. Ini disebabkan mereka akan terus-menerus mengalami ovulasi (kesuburan) tanpa henti. Rangsangan terhadap 'endometrium' akan terus terjadi dan sifatnya akan berubah menjadi kanser. Apabila haid pertama terjadi di bawah usia 12 tahun, tempoh atau perjalanannya semakin panjang. Jadi, kemungkinan untuk terkena kanser ovari semakin besar. Cara terbaik untuk mencegahnya adalah dengan berkahwin dan hamil.

Info Penting Mengenai Kanser


Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:

1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.

2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh
mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang
sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan
rawatan radiasi.

6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi
melalui:

  • Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.
  • Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam bukit.
  • Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.
  • Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.

RISIKO KESIHATAN DI ABAD KE-21


Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.

Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.

Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.

Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.

Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).

Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil permakanan tambahan terdiri dari vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas". Radikal bebas sebenarnya adalah molekul oksigen yang mempunyai sekurang-kurangnya satu elektron yang tidak mempunyai pasangan di orbit luarnya. Ia merupakan bahan sampingan dari proses penghadaman makanan. Radikal bebas tersebut mempunyai kuasa elektrik dan mencari elektron di persekitarannya untuk menjadi stabil. Sekiranya tidak dilunturkan, dengan menggunakan antioksidan, radikal bebas akan merampas elektron dari molekul tubuh kita justeru merosakkannya.

Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. Molekul yang rosak akan membentuk sel yang rosak dan seterusnya organ yang rosak. Sel dan organ yang turut rosak adalah sel dan organ yang membentuk sistem imun lantas menjejaskan fungsinya. Sistem imun merupakan pertahanan kita menghadapi serangan mikro organisma yang menyebabkan bermacam penyakit. Sekiranya sistem imun tidak berfungsi dengan baik, kita akan terdedah kepada ancaman berbagai penyakit seperti kencing manis, kanser, lelah, alahan dan bermacam-macam lagi.

Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan untuk melunturkan radikal bebas. Kita perlu mendapatkan bekalan tambahan dari makanan seharian kita. Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayuran yang mengandungi antioksidan. Beri Acai, sejenis buah beri dari hutan Amazon, mempunyai kandungan antioksidan yang terbanyak jika dibandingkan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran lain. Dari kajian yang dilaksanakan, kandungan antioksidan dalam beri Acai adalah 33 kali lebih banyak dari teh hijau. Buah delima, anggur merah dan beberapa jenis beri tertentu juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.

Untuk hidup sihat, amalkan diet yang sihat dan bersenam. Jauhi dari perkara atau amalan yang boleh membahayakan kesihatan kita.

TANDA-TANDA AWAL KANSER


(1) KANSER PANGKAL RAHIM

- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


(2) KANSER PAYUDARA

- bengkak atau gumpalan di buah dada
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) KANSER USUS BESAR

- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) KANSER PARU-PARU

- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) KANSER PERUT

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit

(6) KANSER LIMPA

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) KANSER OVARI

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) KANSER OTAK

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality.

(9) KANSER PROSTAT

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) KANSER DARAH (LEUKIMIA)


- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) KANSER TEKAK

- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10)Keturunan

Makanan


90% dari penyakit adalah berpunca dari makanan.

Pemakanan yang sihat memberi kita kesihatan, manakala makanan kurang sihat akan menyebabkan berbagai penyakit.

Pemakanan Sihat:
Makanan daripada alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, ikan dan binatang ternakan yang yang makan dari tumbuhan semula jadi di persekiran mereka.

Pemakanan tidak Sihat:
Makanan yang telah diproses seperti beras putih, gula putih, makanan GMO, makanan ringan, fast-food dan sebagainya.

Lima Asas


Untuk mencapai kesihatan optima, kita perlu makan dan minum untuk keperluan sel badan kita.

Badan kita diperbuat daripada 72% air, otak kita diperbuat daripada 60% lemak, dan 5% daripada badan kita ialah mineral.

Setiap hari badan kita akan melalui pengoksidan apabila proses pencernaan makanan dan pembakar kabohidrat dan sebagainya untuk tenaga, maka terbentuk radikal bebas dan membawa kepada penuaan atau kerosakan sel.

Oleh itu untuk menjaga badan kita sentiasa sihat, kita perlukan dalam makanan kita lima asas berikut:-
  • air berbentuk semula jadi (hexagon) dan bertenaga
  • mineral (trace dan makro)
  • minyak atau lemak (MCFA dan Omega 3)
  • antioksiden
  • Imun IQ

Risiko Kanser dari Karbohidrat tinggi


Banyak kajian telah menunjukkan bahawa mengkonsumi makanan yang mempunyai  nilai indeks glycemic yang tinggi — iaitu makanan yang dengan cepat menaikkan paras gula darah dalam tubuh manusia — sebenarnya mempercepatkan penumbuhan sel kanser dan tumor dalam badan manusia. Para penyelidik berpendapat korelasi (kaitan) antara memakan karbohidrat terproses dengan kaser payu dara ada hubungkait dengan kenaikan paras insulin dan juga kenyataan bahawa kebanyakan tumor kanser payu dara lebih cepat membesar dengan paras insulin yang tingi.

Tetapi orang ramai tidak mengetahui bahawa memakan banyak karbohidrat terproses menyebabkan kanser, dan oleh itu mereka terus minum minuman ringan yang mempunyai kandungan fruktos-tinggi, masih bersarapan dengan bijiran yang disaluti gula dan manisan sirap jagung, dan terus makan produk dari tepung gandum putih seperti roti, kuih muih, biskut dan kraker , tanpa mengetahui yang makanan ini membawa mereka ke arah risiko penyakit kanser.

Oleh itu, untuk menghalang kanser ialah pada pemilihan diet. Perkara utama ialah mengelak daripada makan makanan terproses seperti beras putih, tepung putih, gula putih , sirap gula jagung dan sebagainya. Bahan-bahan ini adalah buatan manusia hasil dari memproses makanan ( tidak wujud dalam keadaan alami).  Anda tidak akan dapati beras putih pada pokok padi, gula putih pada air tebu. Sebaliknya beras, gandum yang anda lihat dari pokok asal adalah serat penuh (whole-grain) dan apabila dimakan membeeikan manusia khasiat yang tinggi untuk kesihatan.

hakikatnya, elakkan dari makan karbohidrat terproses. Pada masa yang sama elak bahan penambah kimia yang didapati dalam makan terproses, terutamanya pemanis artifisial. Makanan yang baik untuk kesihatan manusia ialah seperti yang tumbuh secara alami seperti beras perang, gandum whole-grain, kekacang, sayuran, buah-buahan dan lemak mcfa seperti minyak kelapa.

Petikan Artikal Penawaralami

Tuesday, June 8, 2010

Peluang Perniagaan



Adakah anda mengejarkan kehidupan yang lebih baik kepada anda dan sekeluarga anda? Adakah masa depan anda di genggaman anda? Adakah anda memperolehi ganjaran yang sejajar dengan pengorbanan anda? Anda tidak perlu memajakkan kebebasan dan kehidupan yang mewah serta sejahtera demi mencari rezeki.

Pelan Pemasaran Avail menyediakan anda kebebasan masa dan lokasi anda hendak berkerja, masa yang berlebihan untuk menemani ahli keluarga dan rakan anda serta menyediakan peluang perniagaan keemasan yang memberikan anda pendapatan lumayan. Pelan ini menyesuaikan keperluan dan cita-cita anda. Biarlah kita meningkatkan diri bersamanya dan menyumbangkan sokongan peribadi anda. Pelan Pemasaran Avail berupaya membantu anda menjadi Pemilik Perniagaan yang anda mengidamkan.

Dipetik dari Avail Beauty

Monday, June 7, 2010

KANSER DAN WANITA



Kanser adalah salah satu masalah kesihatan yang paling menakutkan. Sehingga ke hari ini, kaedah rawatan kanser masih lagi berkembang dan dari hari ke sehari banyak kajian mengenai kanser dan rawatannya dijalankan. Walau bagaimanapun sehingga hari ini, jalan untuk mencari penyelesaian terutama berkaitan dengan pencegahan dan rawatan penyembuhan kanser masih jauh. Faktor penyumbang kepada keadaan ini adalah kurangnya kesedaran mengenai kanser dan kurangnya keberkesanan langkah pencegahan. Kanser masih merupakan masalah kepada semua manusia tidak kira lelaki mahupun wanita. Di samping ianya menyebabkan kematian, yang lebih menakutkan adalah penderitaan yang dialami pengidap kanser sebelum mereka menemui ajal. Kanser yang melibatkan organ reproduktif wanita merupakan salah satu bidang yang semakin mencabar. Kadar kejadian kanser ini semakin meningkat dan banyak factor-faktor penyumbang mengapa ianya terjadi. Kanser tidak mengenal usia, sesiapa sahaja boleh mengidap kanser dari bayi, kanak-kanak sehinggalah usia tua. Walaupun kanser selalu dikaitkan dengan penderitaan dan kematian, banyak jenis kanser masih boleh dirawat terutama pada peringkat awal.





Dipetik dari laman KANSER DAN WANITA.

Ketahuilah kaedah pencegahan kanser wanita


Pencegahan Kanser Pangkal Rahim

KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM) BOLEH DICEGAH


Kanser serviks (pangkal rahim) adalah salah satu jenis kanser yang boleh dicegah. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kurang pengetahuan di kalangan wanita terutama wanita-wanita di negara kurang maju dan yang sedang membangun, kadar kejadian kanser serviks masih lagi tinggi. Di negara-negara maju , kadar kejadian dan kematian akibat kanser serviks adalah lebih rendah disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan oleh wanita-wanita di sana. Kunci kepada pencegahan kanser serviks adalah Pap Smear. Secara keseluruhannya kadar kesedaran wanita di Malaysia adalah meningkat tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan.


APAKAH PAP SMEAR


Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks. Pap smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja.


BAGAIMANA PAP SMEAR BOLEH MENCEGAH KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM).


Sebelum terjadinya kanser serviks, sel-sel di kulit serviks akan melalui beberapa siri perubahan di mana sel-sel tersebut menjadi tidak normal dari segi saiz, rupa bentuk dan juga susunan sel. Sel-sel yang tidak normal ini bermula dari dalam lapisan kulit serviks. Punca perubahan sel-sel di bahagian kulit serviks ini adalah akibat jangkitan sejenis virus yang dinamakan “Human Papilloma Virus” ataupun singkatan kepada HPV. Pra-kanser serviks adalah merujuk kepada peringkat di mana sel-sel yang tidak normal ini masih berada di dalam lapisan kulit serviks dan belum lagi merebak keluar . Peringkat para-kanser bukanlah kanser dan rawatannya juga berbeza dengan rawatan kanser. Peringkat pra-kanser ini jika tidak dikesan dan dirawat boleh bertukar menjadi kanser. Tujuan utama ujian pap smear adalah untuk menyaring dan mengesan peringkat pra-kanser ini. Hasil dari pengesanan ini, rawatan yang sesuai akan dapat dilakukan. Apabila peringkat pra-kanser ini dirawat, maka wanita tersebut tentu sekali akan terhindar dari mendapat penyakit kanser pangkal rahim. Inilah caranya bagaimana pap smear dapat mengurangkan kadar kejadian kanser serviks.


APAKAH PRA-KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)


Pra-kanser serviks ataupun dalam istilah perubatan “ Pre-cancerous state“ adalah keadaan di mana terjadinya sel-sel yang tidak normal di dalam lapisan kulit serviks. Di antara ciri-ciri kelainan yang terdapat pada sel-sel tersebut adalah saiz nukleas yang lebih besar, warna nukleas yang lebih hitam pekat dan terdapatnya proses pembiakan yang diluar kawalan. Sel-sel yang tidak normal ini walau bagaimanapun tidak terdapat di bahagian luar kulit serviks. Peringkat pra-kanser ini kalau tidak dirawat, sebahagiannya boleh bertukar menjadi sel-sel kanser. Pra-kanser bukanlah kanser tetapi adalah petanda-petanda awal untuk menjadi kanser di kemudian hari.


Terdapat tiga peringkat pra-kanser di pangkal rahim iaitu:


a. CIN 1

b. CIN 2

c. CIN 3


Di dalam istilah perubatan pra-kanser ini dinamakan CIN singkatan kepada “Cervical Intraepithelial Neoplasm”. CIN 1 adalah peringkat pra-kanser yang paling awal. Peringkat ini selalunya akan pulih dengan sendiri tanpa rawatan, dikatakan 60% daripada wanita-wanita yang mengidap CIN 1 akan pulih sepenuhnya dan cuma sebahagian kecil sahaja yang akan berkembang menjadi CIN 2 dan CIN 3. Manakala CIN 3 pula adalah pra-kanser yang paling serius. Setiap CIN boleh berubah-ubah samada kembali normal , bertukar kepada peringkat CIN yang lain ataupun ianya boleh kekal untuk jangkamasa tertentu. Perubahan dari satu peringkat ke peringkat yang lain memakan masa dari beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis CIN , faktor genetik, jenis virus HPV dan juga sistem pertahanan badan wanita.


Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 12% dari CIN 3 akan menjadi kanser pangkal rahim jika sekiranya tidak dirawat. Tempoh masa pertukaran daripada CIN 3 menjadi kanser pangkal rahim ini adalah di dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun, jarak masa ini adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain.


Pencegahan Kanser Payudara

BAGAIMANA MENCEGAH KANSER PAYUDARA


PENGETAHUAN. Pengetahuan yang cukup mengenai kanser payudara adalah amat penting dan merupakan langkah pertama dalam usaha mencegah kanser payudara. Setiap wanita perlu mengetahui apa itu kanser payudara, cara merebak, komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan bagaimana ianya dikesan. Dengan pengetahuan ini, wanita-wanita akan lebih berhati-hati dan akan berjumpa dengan doktor lebih awal untuk pemeriksaan.


PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA. Pemeriksaan sendiri payudara secara berkala adalah penting untuk mengesan sebarang kelainan kepada payudara wanita.


PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYUDARA. Di samping melakukan sendiri pemeriksaan buah dada, wanita-wanita juga digalakkan mendapatkan pemeriksaan dari petugas-petugas perubatan termasuk doktor dan jururawat yang terlatih. Wanita-wanita yang berusia 20 tahun ke atas digalakkan mendapat pemeriksaan klinikal payudara 3 tahun sekali sehingga berusia 40 tahun. Selepas 40 tahun, mereka digalakkan mendapat pemeriksaan setahun sekali.


UJIAN MAMOGRAFI Ujian mamografi adalah ujian X-Ray ke atas payudara. Ia merupakan salah satu kaedah saringan untuk mengesan kemungkinan kanser payudara. Kaedah mamografi adalah kaedah saringan yang paling utama untuk kanser payudara. Kajian menunjukkan Ujian mamografi ke atas wanita-wanita berusia lebih 40 tahun telah dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser payudara sebanyak 18% . Walau bagaimanapun mamografi bukanlah 100% berkesan, kajian menunjukkan mamografi gagal mengesan kanser payudara di dalam lingkungan 10-15% daripada jumlah kanser payudara. Wanita hendaklah faham bahawa mamografi adalah ujian saringan untuk memilih wanita yang memerlukan pemeriksaan dan ujian lanjut.


Pencegahan Kanser Rahim

Di antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:


a. Mendapat pemeriksaan awal doktor jika sekiranya mendapat tanda-tanda kelainan pada kitaran haid terutama wanita-wanita yang sudah putus haid.


b. Rawatan hormon untuk pesakit-pesakit yang menghidap sindrom ”Polycystic Ovarian Syndrome”.


c. Rawatan segera untuk peringkat pra-kanser rahim yang dipanggil Endometrial Hyperplasia .


d. Bagi wanita-wanita yang mengambil ubat Tamoxifen untuk kanser payudara, perlu mendapat pemeriksaan segera jika sekiranya mengalami perdarahan yang tidak normal.


e. Wanita-wanita yang putus haid (menopos) yang mengambil hormon gantian (HRT) perlu memastikan mengambil hormon yang betul. Wanita yang putus haid dan masih mempunyai rahim, perlu mengambil gantian hormon yang mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan progesterone. Wanita-wanita yang berhajat untuk mengambil hormon gantian perlu menemui doktor Pakar Ginekologi untuk mendapat khidmat nasihat dan kaunseling yang tepat tentang hormon gantian.


f. Kanser endometrium dikaitkan dengan kegemukan jadi senaman yang tetap dan pemakanan yang seimbang serta kurang kandungan lemak mungkin dapat mengurangkan risiko kanser rahim.


Pencegahan Kanser Ovari

Di antara amalan-amalan dan kaedah yang boleh membantu mencegah kanser ovari adalah seperti berikut:


a. Meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan kanser wanita terutama tanda-tanda dan gejala-gejala awal kanser ovari. Dapatkan pemeriksaan segera jika mengalami tanda-tanda dan gejala-gejala tersebut.


b. Mengamalkan penyusuan ibu boleh mengurangkan risiko mengidap kanser ovari.


c. Pengambilan ubat perancang keluarga boleh mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30-60%.


d. Wanita yang berkahwin lambat dan terlalu menghadkan bilangan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap kanser ovari berbanding dengan wanita yang mempunyai anak lebih ramai.


e. Elakkan dari mengambil ubat penyubur yang dinamakan Clomiphene citrate untuk jangkamasa lebih dari 12 bulan. Sila dapatkan nasihat doktor pakar sakitpuan ataupun doktor pakar reproduktif.


f. Wanita-wanita dan ahli keluarga terdekat yang disyakki mempunyai penyakit keturunan kanser iaitu ”Hereditary Breast-Ovarian Carcinoma syndrome” perlu menemui doktor pakar kanser untuk mengenalpasti risiko setiap ahli keluarga. Doktor Pakar dapat mengira kemungkinan wanita-wanita ini untuk menghidap kanser ovari.

BUKU KANSER WANITA




SINOPSIS BUKU KANSER WANITA

Buku Kanser Wanita yang dipaparkan ini telah berada di pasaran. Ia adalah salah satu buku Kanser Wanita yang paling lengkap memperkatakan semua aspek kanser wanita daripada kaedah pencegahan, pengesanan awal , rawatan dan penjagaan selepas rawatan. Jenis-jenis kanser yang dibincangkan di dalam buku ini adalah Kanser Serviks (Kanser Pangkal Rahim), Kanser Payudara, Kanser Ovari, Kanser Rahim, Kanser Vulva, Kanser Vagina dan Koriokarsinoma. Insyaallah , buku ini amat bermanafaat kepada semua golongan. Apabila pembaca menbaca buku ini, pembaca akan memahami apakah yang akan dilalui oleh setiap penghidap kanser wanita daripada saat dikesan menghidap kanser, menjalani rawatan dan juga rawatan susulan. Buku ini juga memaparkan kaedah-kaedah pencegahan . Di beberapa bab terakhir buku ini terdapat juga bab-bab yang memperkatakan kaedah rawatan paliatif dan juga bagaimana menghadapi masalah psikologi akibat dari menghidap kanser wanita. Pembaca juga boleh mendapat maklumat berkenaan dengan ujian-ujian khusus seperti CT Scan, MRI dan juga PET scan. Buku ini adalah setebal 376 mukasurat dan mengandungi sekurang-kurangnya 130 imej-imej serta gambar-gambar berkualiti berkaitan dengan kanser amnya dan kanser wanita khasnya. Ini bertujuan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Pendek kata, anda tidak perlu tercari-cari dari sumber maklumat lain mengenai kanser dan kanser wanita jika anda memiliki buku ini. Selamat membaca.

Tuesday, June 1, 2010

Artikal-artikal lama..


Bila Dibaca-baca balik..perkara yang sama sering kita diingatkan..Dan perkara itu adalah tentang kanser yang kita sendiri kurang ambil tahu...Kenapa terjadi padahal ia sering berlaku dikalangan kenalan-kenalan dekat kita..
Utusan Malaysia

Khamis, 14/05/2009


1,600 wanita Malaysia hidap kanser serviks


PETALING JAYA 13 Mei - Seramai 1,600 wanita di negara ini dikesan menghidap kanser serviks setiap tahun sejak 2003.

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, selain itu, 3,000 wanita menerima rawatan kanser serviks di pelbagai hospital setiap tahun.

"Mereka ini merupakan wanita berusia di antara 35 dan 55 tahun yang biasanya produktif dari aspek ekonomi."

"Justeru, adalah penting bagi golongan wanita mempunyai kesedaran mengenai kanser serviks dan kanser payudara supaya mereka menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit lebih awal," katanya.

Marina berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara dan Serviks di Hospital Assunta di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Assunta, Choy Wah Wei dan peragawati terkenal, Amber Chia yang merupakan duta kempen berkenaan.

Tambah Marina kanser serviks dan kanser payu dara merupakan dua penyakit pembunuh utama bagi golongan wanita pada hari ini.

"Bagi kanser payu dara pula, seorang dari setiap 20 orang wanita di negara ini, berisiko mendapat kanser tersebut," jelasnya.

Oleh itu, tambah Marina, penganjuran kempen yang menggabungkan kesedaran mengenai dua kanser sekali gus yang dilancarkan hari ini adalah tepat pada masanya.

Kempen yang melibatkan pemeriksaan payu dara oleh doktor secara percuma dan pengalaman para pesakit akan berlangsung mulai hujung minggu ini sehingga Oktober depan di pelbagai pusat membeli-belah sekitar Lembah Kelang.

Sebagai permulaan, ia akan diadakan di pusat beli-belah Subang Parade pada hari Ahad ini.

Kempen tersebut adalah anjuran bersama Hospital Assunta, Asia Assistance Network Sdn. Bhd. dan PJ Live Arts Sdn. Bhd.



Utusan Malaysia

Selasa, 10/06/2008


Kanser payu dara pembunuh utama

PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 31 peratus pesakit kanser wanita di negara ini terdiri daripada pesakit kanser payu dara yang menjadikan kanser itu kekal sebagai pembunuh utama wanita.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, peningkatan kanser tersebut bukan sahaja dikesan di negara ini tetapi berlaku di seluruh dunia.

"Berdasarkan statistik pada 2003, sebanyak 3,783 kes baru untuk kanser payu dara telah dilaporkan di negara ini.

"Di peringkat dunia pula, 1.05 juta wanita menghidap kanser payu dara setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kemas Kini Patologi Payu Dara di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, hanya 20 peratus pesakit kanser payu dara menerima rawatan awal sekali gus menyebabkan ramai pesakit gagal disembuhkan.

"Jika pesakit menerima rawatan pada peringkat awal maka peluang sembuh adalah mendekati 100 peratus.

"Jika pesakit menerima rawatan selepas kanser merebak ke bahagian badan lain, peluang sembuh adalah kurang daripada 50 peratus," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan wanita yang berumur 20 tahun ke atas menjalankan ujian sendiri dari masa ke semasa.

"Wanita berumur 30 tahun ke atas juga dinasihatkan supaya menjalankan ujian di pusat perubatan setiap tahun," katanya.

Kata beliau, rawatan untuk pesakit payu dara boleh diperoleh di 55 hospital kerajaan manakala empat hospital iaitu di Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Kota Bharu menyediakan pembedahan "endokrin" untuk pesakit.

"Buat masa ini, kita mempunyai enam pakar untuk pembedahan ini manakala enam lagi sedang menjalankan latihan," katanya.

Thursday, May 27, 2010

Kanser Pangkal Rahim


Apa dia pangkal rahim?

Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Apakah jenis kanser pangkal rahim?

Keabnormalan sel pangkal rahim

  • Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.

  • Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu

  1. Squmous cell carcinoma
  2. Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

  3. Adenocarcinoma.
  4. Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?

Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:

  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.

  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.

  • Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim

  • Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim

  • Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain.

Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:

  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid

  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.

  • Pendarahan selepas putus haid

  • Sakit semasa hubungan seksual

  • Penambahan lelehan dari faraj

Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

  1. Ujian pap

  2. Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.


  3. Colposcopy
  4. Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.


  5. Biopsi
  6. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.


  7. Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy.
  8. Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.

  9. Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT).
  10. Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X


  11. Magnetic Resonance Imaging
  12. Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim?

Rawatan untuk dysplasia.


Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.


Rawatan untuk barah pangkal rahim.


Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

  1. Pembedahan
  2. Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:


    • Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim

    • LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.

    • Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

  3. Radioterapi
  4. Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.


  5. Kimoterapi
  6. Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah.


    Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.


  7. Rawatan paliatif
  8. Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.

Tuesday, May 25, 2010

Kempen Kesedaran Kanser

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang produk kami..Jangan segan silu membuat pertanyaan kepada kami..

Untuk pengatahuan pengguna, kami juga bersedia Menjalankan promosi Kempen Kesedaran Pencegahan Kanser Servik Dan Barah Payu Dara di mana-mana sekolah, pejabat-pejabat kerajaan @ swasta yang memerlukan keterangan lanjut tentang kempen kesedaran kanser yang kami jalankan. Kepentingan produk kami, keperluan, keistimewaan dan pelbagai lagi. Kempen yang dijalankan adalah berkaitan dengan penyakit kanser yang menular dalam kehidupan kita tanpa kita sedari punca sebenar datangnya salah satu penyebab kanser ini terjadi. Disamping itu kami memperkenalkan produk utama kami FC Biosanitary Pad ini.

Bagi yang ingin menjadi ahli atau pengguna tetap, jangan lepaskan peluang. Latihan dan bimbingan kami berikan, Yang penting usaha dan kesungguhan seseorang menentukan siapa yang akan berjaya..

Renung-renungkan dan selamat berfikir..

Sotong Kering Punca Kanser.

Pelik tapi benar..



GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.


"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.
Related Posts with Thumbnails