Cursors

Thursday, May 27, 2010

Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

  1. Ujian pap

  2. Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.


  3. Colposcopy
  4. Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.


  5. Biopsi
  6. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.


  7. Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy.
  8. Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.

  9. Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT).
  10. Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X


  11. Magnetic Resonance Imaging
  12. Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails