Cursors

Tuesday, June 1, 2010

Artikal-artikal lama..


Bila Dibaca-baca balik..perkara yang sama sering kita diingatkan..Dan perkara itu adalah tentang kanser yang kita sendiri kurang ambil tahu...Kenapa terjadi padahal ia sering berlaku dikalangan kenalan-kenalan dekat kita..
Utusan Malaysia

Khamis, 14/05/2009


1,600 wanita Malaysia hidap kanser serviks


PETALING JAYA 13 Mei - Seramai 1,600 wanita di negara ini dikesan menghidap kanser serviks setiap tahun sejak 2003.

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, selain itu, 3,000 wanita menerima rawatan kanser serviks di pelbagai hospital setiap tahun.

"Mereka ini merupakan wanita berusia di antara 35 dan 55 tahun yang biasanya produktif dari aspek ekonomi."

"Justeru, adalah penting bagi golongan wanita mempunyai kesedaran mengenai kanser serviks dan kanser payudara supaya mereka menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit lebih awal," katanya.

Marina berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara dan Serviks di Hospital Assunta di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Assunta, Choy Wah Wei dan peragawati terkenal, Amber Chia yang merupakan duta kempen berkenaan.

Tambah Marina kanser serviks dan kanser payu dara merupakan dua penyakit pembunuh utama bagi golongan wanita pada hari ini.

"Bagi kanser payu dara pula, seorang dari setiap 20 orang wanita di negara ini, berisiko mendapat kanser tersebut," jelasnya.

Oleh itu, tambah Marina, penganjuran kempen yang menggabungkan kesedaran mengenai dua kanser sekali gus yang dilancarkan hari ini adalah tepat pada masanya.

Kempen yang melibatkan pemeriksaan payu dara oleh doktor secara percuma dan pengalaman para pesakit akan berlangsung mulai hujung minggu ini sehingga Oktober depan di pelbagai pusat membeli-belah sekitar Lembah Kelang.

Sebagai permulaan, ia akan diadakan di pusat beli-belah Subang Parade pada hari Ahad ini.

Kempen tersebut adalah anjuran bersama Hospital Assunta, Asia Assistance Network Sdn. Bhd. dan PJ Live Arts Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails