[Bio Sanitary Pad, I-foods, I-kids, Woman Lobata, & Man Plus ] The best natural product with a comprehensive approach to human health and well being.
Thursday, June 24, 2010
PAKEJ PRODUK
2 set pakej pilihan x harga Rm 160.00
1 set pakej pilihan x RM55
Belian dalam 1 resit
10 set pakej pilihan x harga Rm 160.00
5 set pakej pilihan x RM55
1 set pakej pilihan PERCUMA
PAKEJ PEMBEKAL (QM) : PURATA UNTUNG 127% dan Bonus Networking 20%
Belian dalam 1 resit
30 set pakej pilihan x harga RM160
30 set pakej pilihan x RM55
6 set pakej pilihan PERCUMA

Mencegah Kanser Serviks
- Nikotin yang terdapat di dalam rokok mempermudahkan selaput lendir sel-sel bereaksi atau terangsang, baik pada paru-paru mahupun serviks. Tetapi, masih tidak diketahui jumlah nikotin yang boleh menyebabkan kanser rahim.
- Kebiasaan membersihkan vagina boleh menyebabkan kanser serviks sama ada dengan menggunakan antiseptik mahupun deodoran. "Douching" atau mencuci vagina boleh menyebabkan jangkitan pada serviks. Jangkitan berlebihan akan merangsang terjadinya perubahan sel, yang akhirnya menjadi kanser. Oleh itu, elakkan membeli sembarangan ubat pembersih vagina terutamanya yang boleh mengekalkan pH vagina anda.
- Jangan sekali-kali menyapu bedak pada vagina yang gatal atau merah-merah. Pemakaian bedak pada vagina (sewaktu subur) boleh menyebabkan terjadinya kanser ovari. Ketika ovulasi terjadi luka pada vagina dan apabila disapu bedak, ia akan melekat di atas luka tersebut. Kelebihan sel ini akan berubah menjadi sel kanser.
- Kanser serviks juga boleh terjadi pada wanita yang gemar bertukar pasangan seks. Virus seperti "Human Papilloma Virus (HPV)" akan mengubah sel-sel di permukaan 'mukosa' dan terus merebak menjadi kanser.
- Mana-mana wanita yang lambat atau tidak berkahwin turut berisiko untuk mendapat kanser ovari dan 'endometrium'. Ini disebabkan mereka akan terus-menerus mengalami ovulasi (kesuburan) tanpa henti. Rangsangan terhadap 'endometrium' akan terus terjadi dan sifatnya akan berubah menjadi kanser. Apabila haid pertama terjadi di bawah usia 12 tahun, tempoh atau perjalanannya semakin panjang. Jadi, kemungkinan untuk terkena kanser ovari semakin besar. Cara terbaik untuk mencegahnya adalah dengan berkahwin dan hamil.
Info Penting Mengenai Kanser
- Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.
- Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam bukit.
- Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.
- Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.
RISIKO KESIHATAN DI ABAD KE-21
Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.
Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.
Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.
Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.
Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).
Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil permakanan tambahan terdiri dari vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas". Radikal bebas sebenarnya adalah molekul oksigen yang mempunyai sekurang-kurangnya satu elektron yang tidak mempunyai pasangan di orbit luarnya. Ia merupakan bahan sampingan dari proses penghadaman makanan. Radikal bebas tersebut mempunyai kuasa elektrik dan mencari elektron di persekitarannya untuk menjadi stabil. Sekiranya tidak dilunturkan, dengan menggunakan antioksidan, radikal bebas akan merampas elektron dari molekul tubuh kita justeru merosakkannya.
Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. Molekul yang rosak akan membentuk sel yang rosak dan seterusnya organ yang rosak. Sel dan organ yang turut rosak adalah sel dan organ yang membentuk sistem imun lantas menjejaskan fungsinya. Sistem imun merupakan pertahanan kita menghadapi serangan mikro organisma yang menyebabkan bermacam penyakit. Sekiranya sistem imun tidak berfungsi dengan baik, kita akan terdedah kepada ancaman berbagai penyakit seperti kencing manis, kanser, lelah, alahan dan bermacam-macam lagi.
Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan untuk melunturkan radikal bebas. Kita perlu mendapatkan bekalan tambahan dari makanan seharian kita. Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayuran yang mengandungi antioksidan. Beri Acai, sejenis buah beri dari hutan Amazon, mempunyai kandungan antioksidan yang terbanyak jika dibandingkan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran lain. Dari kajian yang dilaksanakan, kandungan antioksidan dalam beri Acai adalah 33 kali lebih banyak dari teh hijau. Buah delima, anggur merah dan beberapa jenis beri tertentu juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.
Untuk hidup sihat, amalkan diet yang sihat dan bersenam. Jauhi dari perkara atau amalan yang boleh membahayakan kesihatan kita.
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) KANSER PANGKAL RAHIM
- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) KANSER PAYUDARA
- bengkak atau gumpalan di buah dada
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) KANSER USUS BESAR
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) KANSER PARU-PARU
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) KANSER PERUT
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit
(6) KANSER LIMPA
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) KANSER OVARI
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) KANSER OTAK
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality.
(9) KANSER PROSTAT
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) KANSER DARAH (LEUKIMIA)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) KANSER TEKAK
- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10)Keturunan
Makanan
Lima Asas
- air berbentuk semula jadi (hexagon) dan bertenaga
- mineral (trace dan makro)
- minyak atau lemak (MCFA dan Omega 3)
- antioksiden
- Imun IQ
Risiko Kanser dari Karbohidrat tinggi
Tuesday, June 8, 2010
Peluang Perniagaan

Pelan Pemasaran Avail menyediakan anda kebebasan masa dan lokasi anda hendak berkerja, masa yang berlebihan untuk menemani ahli keluarga dan rakan anda serta menyediakan peluang perniagaan keemasan yang memberikan anda pendapatan lumayan. Pelan ini menyesuaikan keperluan dan cita-cita anda. Biarlah kita meningkatkan diri bersamanya dan menyumbangkan sokongan peribadi anda. Pelan Pemasaran Avail berupaya membantu anda menjadi Pemilik Perniagaan yang anda mengidamkan.
Dipetik dari Avail Beauty
Monday, June 7, 2010
KANSER DAN WANITA


Ketahuilah kaedah pencegahan kanser wanita
KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM) BOLEH DICEGAH
Kanser serviks (pangkal rahim) adalah salah satu jenis kanser yang boleh dicegah. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kurang pengetahuan di kalangan wanita terutama wanita-wanita di negara kurang maju dan yang sedang membangun, kadar kejadian kanser serviks masih lagi tinggi. Di negara-negara maju , kadar kejadian dan kematian akibat kanser serviks adalah lebih rendah disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan oleh wanita-wanita di sana. Kunci kepada pencegahan kanser serviks adalah Pap Smear. Secara keseluruhannya kadar kesedaran wanita di Malaysia adalah meningkat tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan.
APAKAH PAP SMEAR
Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks. Pap smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja.
BAGAIMANA PAP SMEAR BOLEH MENCEGAH KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM).
Sebelum terjadinya kanser serviks, sel-sel di kulit serviks akan melalui beberapa siri perubahan di mana sel-sel tersebut menjadi tidak normal dari segi saiz, rupa bentuk dan juga susunan sel. Sel-sel yang tidak normal ini bermula dari dalam lapisan kulit serviks. Punca perubahan sel-sel di bahagian kulit serviks ini adalah akibat jangkitan sejenis virus yang dinamakan “Human Papilloma Virus” ataupun singkatan kepada HPV. Pra-kanser serviks adalah merujuk kepada peringkat di mana sel-sel yang tidak normal ini masih berada di dalam lapisan kulit serviks dan belum lagi merebak keluar . Peringkat para-kanser bukanlah kanser dan rawatannya juga berbeza dengan rawatan kanser. Peringkat pra-kanser ini jika tidak dikesan dan dirawat boleh bertukar menjadi kanser. Tujuan utama ujian pap smear adalah untuk menyaring dan mengesan peringkat pra-kanser ini. Hasil dari pengesanan ini, rawatan yang sesuai akan dapat dilakukan. Apabila peringkat pra-kanser ini dirawat, maka wanita tersebut tentu sekali akan terhindar dari mendapat penyakit kanser pangkal rahim. Inilah caranya bagaimana pap smear dapat mengurangkan kadar kejadian kanser serviks.
APAKAH PRA-KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)
Pra-kanser serviks ataupun dalam istilah perubatan “ Pre-cancerous state“ adalah keadaan di mana terjadinya sel-sel yang tidak normal di dalam lapisan kulit serviks. Di antara ciri-ciri kelainan yang terdapat pada sel-sel tersebut adalah saiz nukleas yang lebih besar, warna nukleas yang lebih hitam pekat dan terdapatnya proses pembiakan yang diluar kawalan. Sel-sel yang tidak normal ini walau bagaimanapun tidak terdapat di bahagian luar kulit serviks. Peringkat pra-kanser ini kalau tidak dirawat, sebahagiannya boleh bertukar menjadi sel-sel kanser. Pra-kanser bukanlah kanser tetapi adalah petanda-petanda awal untuk menjadi kanser di kemudian hari.
Terdapat tiga peringkat pra-kanser di pangkal rahim iaitu:
a. CIN 1
b. CIN 2
c. CIN 3
Di dalam istilah perubatan pra-kanser ini dinamakan CIN singkatan kepada “Cervical Intraepithelial Neoplasm”. CIN 1 adalah peringkat pra-kanser yang paling awal. Peringkat ini selalunya akan pulih dengan sendiri tanpa rawatan, dikatakan 60% daripada wanita-wanita yang mengidap CIN 1 akan pulih sepenuhnya dan cuma sebahagian kecil sahaja yang akan berkembang menjadi CIN 2 dan CIN 3. Manakala CIN 3 pula adalah pra-kanser yang paling serius. Setiap CIN boleh berubah-ubah samada kembali normal , bertukar kepada peringkat CIN yang lain ataupun ianya boleh kekal untuk jangkamasa tertentu. Perubahan dari satu peringkat ke peringkat yang lain memakan masa dari beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis CIN , faktor genetik, jenis virus HPV dan juga sistem pertahanan badan wanita.
Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 12% dari CIN 3 akan menjadi kanser pangkal rahim jika sekiranya tidak dirawat. Tempoh masa pertukaran daripada CIN 3 menjadi kanser pangkal rahim ini adalah di dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun, jarak masa ini adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain.
BAGAIMANA MENCEGAH KANSER PAYUDARA
PENGETAHUAN. Pengetahuan yang cukup mengenai kanser payudara adalah amat penting dan merupakan langkah pertama dalam usaha mencegah kanser payudara. Setiap wanita perlu mengetahui apa itu kanser payudara, cara merebak, komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan bagaimana ianya dikesan. Dengan pengetahuan ini, wanita-wanita akan lebih berhati-hati dan akan berjumpa dengan doktor lebih awal untuk pemeriksaan.
PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA. Pemeriksaan sendiri payudara secara berkala adalah penting untuk mengesan sebarang kelainan kepada payudara wanita.
PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYUDARA. Di samping melakukan sendiri pemeriksaan buah dada, wanita-wanita juga digalakkan mendapatkan pemeriksaan dari petugas-petugas perubatan termasuk doktor dan jururawat yang terlatih. Wanita-wanita yang berusia 20 tahun ke atas digalakkan mendapat pemeriksaan klinikal payudara 3 tahun sekali sehingga berusia 40 tahun. Selepas 40 tahun, mereka digalakkan mendapat pemeriksaan setahun sekali.
UJIAN MAMOGRAFI Ujian mamografi adalah ujian X-Ray ke atas payudara. Ia merupakan salah satu kaedah saringan untuk mengesan kemungkinan kanser payudara. Kaedah mamografi adalah kaedah saringan yang paling utama untuk kanser payudara. Kajian menunjukkan Ujian mamografi ke atas wanita-wanita berusia lebih 40 tahun telah dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser payudara sebanyak 18% . Walau bagaimanapun mamografi bukanlah 100% berkesan, kajian menunjukkan mamografi gagal mengesan kanser payudara di dalam lingkungan 10-15% daripada jumlah kanser payudara. Wanita hendaklah faham bahawa mamografi adalah ujian saringan untuk memilih wanita yang memerlukan pemeriksaan dan ujian lanjut.
Di antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
a. Mendapat pemeriksaan awal doktor jika sekiranya mendapat tanda-tanda kelainan pada kitaran haid terutama wanita-wanita yang sudah putus haid.
b. Rawatan hormon untuk pesakit-pesakit yang menghidap sindrom ”Polycystic Ovarian Syndrome”.
c. Rawatan segera untuk peringkat pra-kanser rahim yang dipanggil Endometrial Hyperplasia .
d. Bagi wanita-wanita yang mengambil ubat Tamoxifen untuk kanser payudara, perlu mendapat pemeriksaan segera jika sekiranya mengalami perdarahan yang tidak normal.
e. Wanita-wanita yang putus haid (menopos) yang mengambil hormon gantian (HRT) perlu memastikan mengambil hormon yang betul. Wanita yang putus haid dan masih mempunyai rahim, perlu mengambil gantian hormon yang mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan progesterone. Wanita-wanita yang berhajat untuk mengambil hormon gantian perlu menemui doktor Pakar Ginekologi untuk mendapat khidmat nasihat dan kaunseling yang tepat tentang hormon gantian.
f. Kanser endometrium dikaitkan dengan kegemukan jadi senaman yang tetap dan pemakanan yang seimbang serta kurang kandungan lemak mungkin dapat mengurangkan risiko kanser rahim.
Di antara amalan-amalan dan kaedah yang boleh membantu mencegah kanser ovari adalah seperti berikut:
a. Meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan kanser wanita terutama tanda-tanda dan gejala-gejala awal kanser ovari. Dapatkan pemeriksaan segera jika mengalami tanda-tanda dan gejala-gejala tersebut.
b. Mengamalkan penyusuan ibu boleh mengurangkan risiko mengidap kanser ovari.
c. Pengambilan ubat perancang keluarga boleh mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30-60%.
d. Wanita yang berkahwin lambat dan terlalu menghadkan bilangan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap kanser ovari berbanding dengan wanita yang mempunyai anak lebih ramai.
e. Elakkan dari mengambil ubat penyubur yang dinamakan Clomiphene citrate untuk jangkamasa lebih dari 12 bulan. Sila dapatkan nasihat doktor pakar sakitpuan ataupun doktor pakar reproduktif.
f. Wanita-wanita dan ahli keluarga terdekat yang disyakki mempunyai penyakit keturunan kanser iaitu ”Hereditary Breast-Ovarian Carcinoma syndrome” perlu menemui doktor pakar kanser untuk mengenalpasti risiko setiap ahli keluarga. Doktor Pakar dapat mengira kemungkinan wanita-wanita ini untuk menghidap kanser ovari.
BUKU KANSER WANITA

Tuesday, June 1, 2010
Artikal-artikal lama..
Bila Dibaca-baca balik..perkara yang sama sering kita diingatkan..Dan perkara itu adalah tentang kanser yang kita sendiri kurang ambil tahu...Kenapa terjadi padahal ia sering berlaku dikalangan kenalan-kenalan dekat kita.. |
Khamis, 14/05/2009 | |
1,600 wanita Malaysia hidap kanser serviks PETALING JAYA 13 Mei - Seramai 1,600 wanita di negara ini dikesan menghidap kanser serviks setiap tahun sejak 2003. Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, selain itu, 3,000 wanita menerima rawatan kanser serviks di pelbagai hospital setiap tahun. "Mereka ini merupakan wanita berusia di antara 35 dan 55 tahun yang biasanya produktif dari aspek ekonomi." "Justeru, adalah penting bagi golongan wanita mempunyai kesedaran mengenai kanser serviks dan kanser payudara supaya mereka menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit lebih awal," katanya. Marina berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara dan Serviks di Hospital Assunta di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Assunta, Choy Wah Wei dan peragawati terkenal, Amber Chia yang merupakan duta kempen berkenaan. Tambah Marina kanser serviks dan kanser payu dara merupakan dua penyakit pembunuh utama bagi golongan wanita pada hari ini. "Bagi kanser payu dara pula, seorang dari setiap 20 orang wanita di negara ini, berisiko mendapat kanser tersebut," jelasnya. Oleh itu, tambah Marina, penganjuran kempen yang menggabungkan kesedaran mengenai dua kanser sekali gus yang dilancarkan hari ini adalah tepat pada masanya. Kempen yang melibatkan pemeriksaan payu dara oleh doktor secara percuma dan pengalaman para pesakit akan berlangsung mulai hujung minggu ini sehingga Oktober depan di pelbagai pusat membeli-belah sekitar Lembah Kelang. Sebagai permulaan, ia akan diadakan di pusat beli-belah Subang Parade pada hari Ahad ini. Kempen tersebut adalah anjuran bersama Hospital Assunta, Asia Assistance Network Sdn. Bhd. dan PJ Live Arts Sdn. Bhd. |
Utusan Malaysia
|
Thursday, May 27, 2010
Kanser Pangkal Rahim
Apa dia pangkal rahim?Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran. Apakah jenis kanser pangkal rahim?Keabnormalan sel pangkal rahim
Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu
Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim. Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive. Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:
|
Apakah gejala kanser pangkal rahim?
Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain.
Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:
- Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
- Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
- Pendarahan selepas putus haid
- Sakit semasa hubungan seksual
- Penambahan lelehan dari faraj
Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?
- Ujian pap
- Colposcopy
- Biopsi
- Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy.
- Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT).
- Magnetic Resonance Imaging
Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.
Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.
Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.
Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.
Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X
Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap
Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim?
Rawatan untuk dysplasia.
Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.
Rawatan untuk barah pangkal rahim.
Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.
- Pembedahan
- Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
- LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
- Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.
- Radioterapi
- Kimoterapi
- Rawatan paliatif
Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.
Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah.
Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.
Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.