Cursors

Wednesday, August 19, 2009

KEMPEN KESEDARAN


TAHUKAH ANDA?? bahawa pada tahun 2007, kajian stastistik menunjukkan seramai lebih 45,000 wanita telah diserang Kanser Servik Dan Barah Payu Dara dan kes tersebut meningkat 40% pada tahun berikutnya. Kini,setiap 4 minit yang berlalu,berlaku satu kematian wanita di asia akibat serangan penyakit tersebut.

Kajian membuktikaan bahawa faktor gaya hidup dari segi pemakanan berkarsinogen,penggunaan produk tercemar dan faktor sekeliling (cemaran radiasi) adalah antar punca-punca utama serangan penyakit kronik tersebut. Cara hidup masyarakat kini juga penyumbang terbesar peningkatan kadar kematian akibat kanser.

Secara umumnya,lebih 90% wanita masa kini pelbagai masalah sakit puan.Sikap malu dan kekangan adat mendorong wanita seringkali membiarkan masalah tersebut berlarutan sehingga perkara tersebut dianggap normal bagi setiap wanita yang mengalami haid.

Gejala awal seperti senggugut,keputihan,kegatalan,haid tidak menentu jika dibiarkan berlanjutan akan mengundang masalah yang lebih serius.Serangan penyakit seperti endometriosis,sist,jangkitan kuman,fibroid dan pelbagai lagi akan timbul. Jika masalah ini wujud,maka bermulalah era serangan kanser servik/ rahim yang membawa kepada masalah kemandulan,pembuangan rahim dan paling ditakuti ia berisiko tinggi menyebabkan kematian kepada penghidapnya.

RAMAI WANITA tidak menyedari penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia seperti alat solek & tuala wanita berkualiti rendah adalah faktor utama penyumbang kepada kanser. Produk yang pelbagai jenama ini jika digunakan untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan pengumpulan toksik bersifat karsinogen dalam darah seterusnya menggalakkan pertumbuhan sel tidak normal dan turut memusnahkan sel sihat dalam badan. Jika berlarutan sel yang tidak normal akan menjadi kanser yang mengancam tubuh badan penghidapnya.

SEDARKAH KAUM WANITA?? bahawa kebanyakan tuala wanita berjenama di pasaran telah dicemari DIOKSIN sewaktu proses pembuatannya.Kajian menunjukkan bahawa DIOKSIN adalah antara faktor utama terjadinya masalah sakit puan dan pencetus Kanser Servik Dan Barah Payu Dara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails